Monday, May 19, 2014

HUDUD- PAS TERUS JADI BARUA SEJATI DALAM PAKATAN



GEORGE TOWN: DAP mengancam akan menamatkan hubungan dengan PAS dalam Pakatan Rakyat sekiranya kerajaan PAS Kelantan meneruskan usaha membawa usul rang undang-undang mengenai hukum hudud ke Dewan Rakyat.

Timbalan Ketua Menteri II P. Ramasamy berkata, pendirian DAP amat jelas dan tidak berubah iaitu menentang pelaksanaan hukum hudud.

"Kita mesti tegas dalam hal ini. Kita tidak akan benarkan hudud dilaksanakan dalam negara yang berbilang kaum ini.

"Jika usul ini diteruskan dan Barisan Nasional (BN) menyokong usaha itu, ia merupakan penamat kepada hubungan DAP dengan PAS," katanya ketika berucap pada ceramah Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor di Kampung Hijau, Air Itam di sini, malam Ahad.

Beliau percaya penangguhan hukum hudud itu akan bersifat sementara tetapi DAP tidak akan membenarkan perkara ini berlaku.

"Jika PAS tidak setuju, kami tidak akan berkompromi. Kami menghormati orang Islam jadi mereka harus menghormati kami juga," katanya.

Terdahulu, calon Bebas Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar mendakwa Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng secara sulit menyokong pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.

Walaupun Guan Eng sebelum ini mengumumkan kerajaan negeri menolak hudud di Pulau Pinang, Mohamed Nabi Bux tetap mendakwa ketua menteri Pulau Pinang itu menyokong hukum hudud demi mengambil hati pemimpin PAS.

Ditanya bila Guan Eng menyatakan sokongannya terhadap hukum hudud, Mohamed Nabi Bux berkata: "Dia tidak akan beritahu saya atau rakyat, beliau akan beritahu pemimpin PAS."

Turut hadir pada ceramah itu adalah Naib Pengerusi DAP, Dr Ariffin Omar, Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang, Yusni Mat Piah dan exco kerajaan negeri Pulau Pinang, Dr Afif Baharudin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Jaya.

2 comments:

Anonymous said...

Bukan setakat jadi barua sejati,memang puak ini dah banyak kali jadi mangsa liwat yang bisu dalam pakatan.

Anonymous said...


nabi buk, bila guan eng sokong secara sulit hudud kelantan, cina lancau kolop apa yg dia tau tentang hudud??? masyarakat islam sendiripon bercelaru hal hudud, cakap jer budak tadika juga tau hudud, usahlah kaitkan dengan sesiapa, jika nak menang dekati pengundi melayu islam dan keluarga mereka yg masih atas pagar tu. harap pas nanti cuma dapat sampah. aku sokong nabi buk, jangan putus asa terus berjuang.