Thursday, May 15, 2014

Muafakat Dalam UMNO- Anwar Kecewa PAS Terengganu Gagal Main Peranan Kemelut Politik Terengganu



Muafakat, itulah senjata ampuh dalam mana-mana pertubuhan untuk terus berstatus releven dalam kewujudannya. Akhirnya YAB Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru setelah dilanda gelora politik yang sangat meresahkan UMNO dan Barisan Nasional.

Apa tidaknya, dengan majoriti nipis yang dimenangi BN, tentunya keadaan bagai telur di hujung tanduk.

Apa yang menariknya, keadaan ini menunjukkan sikap permuafakatan BN dalam menyelesaikan krisis dalaman. Yang penting, rakyat Terengganu tidak terbeban dengan senario politik dalaman yang tidak berpenghujung seperti Selangor.

Tiada mangsa politik semasa di kalangan rakyat seperti apa yang berlaku ke atas pekerja PKNS di Selangor, serta krisis air Selangor. Itu hakikat betapa berpolitik harus ada batas, dan kemenangan pada pilihanraya harus memberi manfaat kepada rakyat.

Yang menghairankan, tiba-tiba kita dihidangkan dengan cerita-cerita tentang hebatnya Ahmad Said dari mulut penyokong PAS dan PKR. Bukanlah menafikan sumbangan Ahmad Said, tetapi sikap penyokong pembangkang laksana “menangguk di air keruh”. Bagi penulis, yang lama sudah tentu berjasa, dan yang baharu sama-samalah kita rasa!

Tentunya kini di tangga teratas kekecewaan adalah pemimpin PAS yang sentasa mengambil kesempatan di atas kekalutan yang berlaku dalam UMNO. Ada usaha usaha agar DUN Terengganu dibubarkan setelah mereka gagal mendapat sokongan dari tiga orang YB yang terdahulu bertindak keluar UMNO. Bahkan, penulis dikhabarkan wujud tawaran dari pembangkang negeri untuk menubuhkan kerajaan campuran.

Semoga segala kemelut yang berlaku sejak perlantikan Ahmad Said dahulu sehinggalah apa yang berlaku hari ini memberi pengajaran kepada pemimpin UMNO dan BN agar bertindak lebih cerdik dalam menangani politik dalaman parti.

Mujur dalam kemelut ini, permuafakatan dan aman senantiasa menjadi pendekatan UMNO dan BN.

Ini berbeza dengan pendekatan keganasan atau cetus huru-hara di jalanraya. Tidak ketinggalan hikmat kuasa kerusi terbang, tendangan sakti peti undi, cakaran pemutus kertas undi yang kesemuanya mengakibatkan pentadbiran negeri terjejas dek permainan politik tanpa sempadan . Segalanya menjurus kepada satu rangkap pesan orang-orang tua;

Kepalanya borek, maka anaknya rintik. Sedang gurunya kencing berdiri, maka pasti anak muridnya kencing berlari

Petikan Mykmu.net

2 comments:

Anonymous said...

Apa yang nak hairankan dalam PAS banyak yang dunggus,sebab tu orang macam mat sabu,mahfus omar, stopa dan lainx2 yang sewaktu dengan nya boleh hidup. Kalau PAS memerintah pun cuma jadi proksi atau patung macam di perak dulu.

kah kah kah said...

AnuGay, KitSyial & Mat Sabun berputih mata.. kah kah kah kiok!