Tuesday, May 20, 2014

PENGUNDI TELUK INTAN KENA BIJAK



KONONNYA kata seorang yang mengaku penyokong BN di Facebook, dia menyokong kemenangan Dyana Sofya dalam PRK Teluk Intan kerana ‘kagum’ dengan tindakan DAP meletakkan orang muda sebagai calon.

Kata entah siapa hamba Allah ini, BN tidak berani letak calon muda (dan tidak peduli), malah tidak pernah beri muka kepada calon muda pun.

Penulis nak kata disini, sesiapa pun yang berkata sedemikian, dia tidaklah secerdik mana, sebab fakta menunjukkan dalam PRU13 yang lepas, calon termuda BN adalah seorang pemuda berusia 25 tahun bernama Danial Wa Wai How di DUN Keranji, Perak.

Calon berkenaan menang atau kalah tu perkara nombor dua yang penting BN bukan tidak utamakan orang muda seperti dakwaan tersebut. Anyway, budak Dyana ini pun belum tahu menang ke tidaknya.

Sebetulnya, di Teluk Intan ini bukanlah pertandingan tua atau muda. Ia lebih kepada persaingan antara pengundi Melayu dengan pengundi cina yang masing-masing jadi tulang belakang BN dan DAP, itu faktanya.

Penulis katakan begitu kerana ikut track record, calon BN lebih kedepan sebab pernah jadi Ahli Parlimen kawasan itu selama 2 penggal dan ADUN kawasan Pasir Berdamar (salah satu DUN dalam Parlimen Teluk Intan) selama sepenggal, berbanding calon DAP yang tidak pernah diuji dimana-mana.

DAP letak calon Melayu pun bukan isu kerana kita tahu kawasan itu majoriti cina, kalau nak cuba teori perkauman ini betul atau tidak, pertaruhkanlah dia di kawasan majoriti Melayu dengan lambang DAP, nak tengok berapa jauh boleh pergi.

Ini semua hanya dakyah DAP nak tunjuk parti itu tidak meminggirkan orang Melayu. Yang sebenarnya, pencalonan Dyana ini sendiri bukti Melayu memang dipinggirkan dari DAP sebab itulah dia tunggu pilihanraya kecil baru nak calonkan budak muda ini, masa PRU13 tak berani pulak nak letak budak-budak Melayu sebaya ini bertanding, kenapa masa itu tak berani?

Sebab takut kalau menang, tak cukup orang sendiri (cina) nak dilantik jadi Menteri? Penulis tidak tahu, tapi mungkin itu kisahnya. Apa pun ikut sejarah, memang nak tengok DAP mencalonkan budak muda Melayu, jaranglah berlakunya (atau tidak pernah berlaku pun).

Jadi janganlah terpedaya. Bak kata mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad, pencalonan Dyana ini hanyalah satu tindakan ‘window dressing’ DAP untuk mengaburi mata orang Melayu.

Sememangnya DAP terdesak nak cari orang Melayu untuk diperalatkan dalam perbahasan menolak undang-undang hudud yang bakal dibentang PAS dalam persidangan parlimen yang akan datang.

Itu saja, tidak adalah cerita apa yang lain.

Petikan Mykmu.net

2 comments:

Anonymous said...

DAP letak calon melayu sebab nak kan undi pengundi melayu..pengundi cina dah tentu pangkah roket punya...letak lah apa binatang pun depa mmg pangkah pya..jadi kenyataan konon DAP bukan parti rasis sebab calonkan org melayu adalah kenyataan paling bangang pada sesiapa yang percaya..bukan kenyataan saja bangang tapi org yg percaya tu pun bangang tahap gaban...

Anonymous said...

Untuk Direnungkan

PRK Bukit Gelugor dan Telok Intan. Kedua2 PRK parti DAP letak calon. Parti islam Pas tidak bertanding tetapi turun membantu calun DAP. Parti islam Pas mahu Hudud. Parti DAP berkeras tolak Hudud.

Mesej yang nak saya sampaikan adalah : PARTI ISLAM PAS SOKONG DAN BANTU PARTI DAP YANG MENOLAK HUDUD.

Soalan yang saya nak tanya : Adakah mendapat pahala daripada Allah jika saya sebagai seorang HARTAWAN yang sangat DERMAWAN buat macam ini ??????

ORANG ISLAM NAK BINA MASJID DAN SURAU ... SAYA DERMA RIBU2 RM
ORANG CINA NAK BINA TOKONG ... SAYA DERMA RIBU2 RM
ORANG HINDU NAK BINA KUIL ... SAYA DERMA RIBU2 RM
ORANG BUDDHIST NAK BINA BIARA ... SAYA DERMA RIBU2 RM
ORANG KRISTIAN NAK BINA GEREJA ... SAYA DERMA RIBU2 RM

Mudahan2 ada yang sudi menjelaskan " hukum " kepada saya.

Ana Muslim