Wednesday, May 28, 2014

PRK Teluk Intan : DAP Cuba Gambarkan UiTM Sebagai GAGAL



DAP dilihat seolah-olah terlalu bersungguh-sungguh cuba membuktikan bahawa UiTM gagal melahirkan anak muda yang menghargai perjuangan UMNO dalam merealisasikan sebuah Universiti yang dibentuk untuk membantu orang Melayu yang tidak mendapat peluang belajar di pusat pengajian tinggi lain.

Uitm telah menyediakan prasarana yang kondusif dan murah untuk anak-anak Melayu yang bukan sekadar tidak berpeluang malahan tidak mampu membayar yuran yang tinggi di pusat pengajian yang lain terutamanya swasta.

Baru-baru ini Lim Kit Siang kononnya telah menyifatkan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) bukan lagi robot Umno selepas pencalonan pembantunya, Dyana Sofya Mohd Daud dalam Pilihanraya Kecil Teluk Intan. DAP cuba meracun fikiran anak muda Melayu dengan fahaman DAP yang kita amat maklum ianya lebih mirip kepada fahaman komunis dalam usaha mereka menindas orang Melayu yang merupakan Tuan Tanah Melayu.

DAP dengan bongkaknya mengistiharkan bahawa kononnya idealisme pelajar dan anak muda tidak akan dapat dibunuh atau dicorakkan oleh bekas Naib Canselor UiTM, Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah yang kini merupakan ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno.

Hakikat bahawa UMNO membantu anak Bumiputera amat pahit bagi DAP. Oleh itu mereka melihat bahawa dengan mencemarkan minda seorang dua bekas pelajar UiTM merupakan satu kejayaan dalam usaha berterusan DAP meruntuh Ketuanan Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

Nampaknya Lim Kit siang cukup berbangga dapat merosakkan minda anak Melayu yang bernama Dyana Sofya ini. Kononnya Dyana merupakan testimoni kegagalan Ibrahim Abu Shah selama sembilan tahun menjadi Naib Canselor UiTM untuk menjadikan pelajarnya sebagai robot Umno dan membunuh idealisme serta impian anak muda Malaysia.

Selepas seseorang itu menamatkan pengajiannya maka mereka bebas memilih jalan hidup masing-masing. Bagi manusia yang tamak seperti Dyana maka tidak hairanlah sekiranya beliau memilih untuk menyokong DAP. Manusia seperti ini menghalalcarakan segalanya demi nafsu dan cita-cita politik.

Pelik juga apabila Lim Kit Siang membidas kenyataan Ibrahim Ali yang mengganggap Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong sebagai lebih “lawa” daripada Dyana sebagai tidak masuk akal. Kita amat maklum bahawa lawa di sini bermaksud dari segi perangai dan minda bukannya sekadar rupa yang cuba dimanipulasikan oleh Kit Siang.

Lucu apabila Lim Kit Siang bercakap tentang politik baru DAP yang kononnya berasaskan keadilan, kebebasan dan ketelusan serta urus tadbir yang baik akan menggantikan politik lama dengan melangkaui batasan kaum. Pemilihan CEC yang lepas menyaksikan ketidaktelusan dan ketidakadilan dimana mereka telah memanipulasikan undi sehingga menyebabkan DAP sekarang sebenar bertanding atas tiket yang tidak berapa nak sah memandangkan kes mereka dengan ROS masih lagi belum selesai sehingga ke hari ini.

Lim Kit Siang ini tidak habis-habis dengan perangai bongkak sombong chauvinist melampau. Sikap ini telah beliau terapkan ke dalam diri anak cucu beliau dan juga para penyokong tegar DAP. Mereka inilah bakal menjadi musuh utama negara yang akan tidak berhenti-henti memainkan isu perkauman untuk memusnahkan ketuanan Melayu bagi menganiaya Tuan Tanah Melayu secara berterusan.

Petikan Mykmu.net

2 comments:

Anonymous said...

TERANG LAGI BERSULUH...
MAKNANYA....
DYANA PRODUK YG GAGAL DIKELUARKAN UITM....

Cahaya Al Majid said...

Salam. Dyana rosak mindanya kerana ibubapanya 'gagal' mendidik jiwa Melayu dalam diri anaknya. Anak saya juga lulusan Undang-Undang di UiTM dan sebaris dengan Dyana dan kini telah berjaya sebagai seorang Criminal lawyer. Olih itu UiTM tidak gagal sebaliknya 'ibubapa' yang gagal 'menjiwai' 'jatidiri' bangsa Melayu.