Monday, May 5, 2014

Serang Hudud Untuk Pecahkan Melayu



Isu hudud yang bakal dibawa ke Parlimen dalam masa terdekat ini begitu membimbangkan DAP. Ini memandangkan UMNO telah menyatakan sokongan terhadap hudud selagi ianya adil dan menurut hukum Allah bukannya sekadar “tangkap muat” untuk mengaburi mata rakyat. Dalam senario ini DAP sedar bahawa kepentingan Islam bakal menyatukan perpaduan Melayu di negara kita. Ini mencetuskan kebimbangan melampau memandangkan selama ini mereka telah berusaha keras untuk memecah belahkan bangsa Melayu.

Kini Lim guan Eng menggunakan isu pengkhianatan PAS. Kononnya PAS akan mengkhianati semua pengundi bukan Islam yang mengundi parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) baru-baru ini jika mereka meneruskan pelaksanaan undang-undang hudud di Kelantan. Kebimbangan utama DAP lebih kepada ruang dan peluang yang dibuka oleh PAS untuk memberi peluang kepada Barisan Nasional kononnya untuk memecahbelahkan “kekuatan” pakatan pembangkang.

Persoalannya adakah perlaksanaan hudud PAS hasil dari kerjasama sesama Islam iaitu UMNO akibat dari tertipu dan juga pengkhianatan pengundi bukan Islam? DAP juga menuduh PAS melakukan percanggahan kerana terus berada dalam pakatan tetapi pada masa sama menjalin kerjasama dengan UMNO melaksanakan hudud.

Sebenarnya ini membuktikan betapa kurang ajarnya DAP terhadap Islam. Mereka berusaha dengan apa cara sekalipun untuk memastikan Islam yang sempurna tidak dapat dilaksanakan di negara yang agama rasminya adalah Islam. Rakyat perlu sentiasa ingat hakikat ini.

Namun memang sesuatu yang memeranjatkan apabila Guan Eng sendiri mengaku bahawa UMNO mendapat sokongan dari ramai pengundi Melayu tanpa perlu berkempen tentang hudud. Hakikatnya UMNO tidak pernah mempergunakan Islam untuk meraih undi politik. Perjuangan UMNO dalam Islam jelas ikhlas. Dengan itu penubuhan satu jawatankuasa teknikal khas peringkat kebangsaan oleh Kerajaan Barisan Nasional dan Kerajaan PAS Kelantan bagi memastikan hudud dapat dilaksanakan sememangnya atas rasa tanggungjawab UMNO memertabatkan Islam.

Betulkah persoalan mengenai hudud sebagai hukuman ‘potong tangan’ merupakan antara sebab mengapa undang-undang Islam itu mendapat tentangan daripada kalangan orang bukan Islam terutamanya DAP dan MCA. Namun realitinya, ini bukanlah sebab utama. Hukuman “potong tangan” hanyalah sebab sampingan untuk DAP dan MCA tolak hudud.

Dalam ertikata lain, sebenarnya mereka tahu bahawa undang-undang Islam tidak sezalim yang mereka cuba gambarkan. Tambahan pula DAP dan MCA ini sebenarnya agak arif tentang undang-undang komunis yang jauh lebih zalim memandangkan nenek moyang mereka di negara China masih lagi dibelenggu dengan pemerintahan komunis.

Melalui perlaksanaan hudud, hukuman potong tangan terhadap orang yang mencuri hanya akan dijalankan setelah melalui proses pembuktian yang amat teliti. Tidak semua yang mencuri akan dipotong tangan kerana dalam hudud ada prosesnya. Pertimbangan berat dan jumlah kesalahan akan diambil kira. Konsep memaafkan pencuri dengan syarat dipulangkan balik barang yang dicuri juga ada di dalam hudud. Selain daripada itu, walaupun telah dijatuhkan hukuman potong tangan sekalipun, mereka masih ada proses rayuan yang boleh dilakukan.

Oleh itu penolakan hudud oleh DAP sebenarnya merupakan penolakkan terhadap hakikat bahawa Islam merupakan agama rasmi Malaysia. Dan hakikat Islam dapat menyatukan bangsa Melayu di negara kita bakal memusnahkan impian mereka untuk menguasai negara.

Petikan Mykmu.net

No comments: