Monday, May 26, 2014

Steady! Zahid Tibai Peniaga Cina!

Naib Presiden Umno hari ini menyuarakan perasaan kesalnya terhadap masyarakat Cina, terutamanya yang terlibat dalam perniagaan, memilih DAP dalam pilihan raya apabila sudah berjaya.

“Kalau sekali lagi orang Teluk Intan memilih DAP, saya sedih. Orang Melayu sedih, orang India lagi sedih, Cina tak apalah, dia berniaga macam-macam.

“Tetapi kalau tak ada org Melayu dan orang India tolong, beli barang dia, dia pun tak boleh berniaga. Betul tak ? Orang Melayu dan India tolong peniaga-peniaga Cina, betul tak?

“Dia dah senang, dia pun pilih DAP. Tak kenang budi, betul tak ?” soalnya sambil disambut laungan “betul” oleh hadirin.

Zahid berkata demikian dalam perjumpaan dengan ketua-ketua masyarakat di Kampung Durian Sebatang in Teluk Intan.

Beliau juga menyeru semua pihak, tidak kira Melayu, Cina dan India, memajukan daerah hilir Perak itu dengan memilih calon BN supaya semua kaum tiada masalah.

“Betul saya Melayu, tetapi (tidak kira) Melayu, Cini, India, kita berada dalam keluarga besar, satu Malaysia,” katanya lagi.

6 comments:

Anonymous said...

SEPATUTNYA KITA MEMPUNYAI RAKYAT DAN PEMIMPIN POLITIK SEPERTTI ZAID.BELIAU MEMPUNYAI SEMANGAT PETRIOTIK YANG FIRST CLASS. APA YANG DISUARAKAN OLEH BELIAU ADALAH REALITY HIDUP DIMALAYSIA. MASA SUSAH, PANGKAH BN. BILA SUDAH SENANG LENANG MEREKA PANGKAH PEMBANGKANG. CONTO.H SEBENAR YANG TAK ADA SIAPA BOLEH NAFIKAN: HAMPIR SEMUA PENDUDUK BANDAR UTAMA NEGERI (KECUALI JOHOR BAHARU) DIMENANGI PEMBANGKANG. YANG BANGUNKAN DAN BERI KESENAGAN KEPAEDA MEREKA ADALAH KERAJAAN BN TAPI MEREKA TETAP PANGKAH PEMBANGKANG.....BETUL TAK? JANGAN BOHONGLAH...

Realitinya masyarakat peniaga cina terpedaya dengan kata2 pemimpin retorik yang menjanjikan bulan dan bintang...oleh itu menteri2 BN kena peka dan bertindak serta selari dgn pemikiran mereka dan parti2 cina yg menyokong kerajaan kena lebih prihatin...

Anonymous said...

So korang boleh tendang orang mcm Najib dan Khairy tak??

Anonymous said...

Yehhhh...... betull tu....

Anonymous said...

Yang sedih nya kalau membeli barang kedai mereka tak dilayani lansong.