Saturday, May 17, 2014

TARIF NAIK- JANGAN JADI SEPERTI BURUNG HERING YANG SUKAN MAKAN BANGKAI



Sejak semalam, media sosial menjadi riuh-rendah dengan isu kenaikan tarif eletrik. Kononnya Perdana Menteri mengumumkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) bakal menaikkan tarif eletrik kerana mengalami kerugian. Ini menimbulkan kemarahan dan kritikan keras pengguna media sosial.

Fakta sebenar ucapan PM semalam ialah menggesa kaki tangan TNB meningkatkan mutu dan kualiti perkhidmatan seiring dengan kenaikan tarif elektrik pada Januari lalu.


Justeru kemarahan dan penghinaan terhadap Perdana Menteri, kerajaan dan TNB sejak semalam tidak lebih daripada tindakan orang malas membaca dan menyelidik tapi beranggapan mereka paling bijak mengulas.

Bacalah sebelum mengkritik dan membelasah orang lain. Apa salahnya ambil sedikit masa untuk menyelidik atau membaca isu sebenar agar tidak timbul fitnah di kalangan kita?

Sudah menjadi kesukaan dan satu kenikmatan kepada pengguna internet untuk “join the badwagon” membelasah kerajaan Barisan Nasional atas apa sahaja isu yang dicipta oleh pembangkang. Tindakan sebegini bukan sahaja boleh melemahkan kerajaan tetapi juga negara kerana kita setiap masa akan berhadapan isu kebolehpercayaan dan curiga sehinggakan apa yang dibuat dan diumumkan oleh kerajaan dilihat sebagai tidak baik atau menindas rakyat.

Apa yang berlaku dalam isu “kenaikan tarif TNB” semalam merupakan satu strategi “red herring” yang dicipta oleh kumpulan tertentu sebagai strategi politik untuk memburukkan kerajaan.

Mohd Najib menggesa TNB memperbaiki mutu perkhidmatan seiring dengan kenaikan tarif pada Januari lalu. Namun, para strategis politik pembangkang menggunakan isu kenaikan tarif elektrik dengan pengumuman keuntungan TNB untuk menuduh kerajaan sengaja menindas rakyat.

Faktanya kita telah berbahas isu kenaikan tarif ini pada awal Januari lagi mengenai mengapa TNB untung tapi masih perlukan naikkan tarif. Ini kerana kos pelaburan diperlukan sangat tinggi bagi memastikan pembekalan elektrik mencukupi dan tidak mengalami gangguan. TNB juga sebagai syarikat yang melabur berbilion ringgit setiap tahun tidak boleh untuk mencatatkan keuntungan yang terlalu rendah. Ia akan menyebabkan syarikat utuliti ini berada dalam tidak stabil dan sukar mendapat bon antarabangsa dan dalam negeri bagi menjalankan pelaburan infra yang memerlukan kos berbilion ringgit.

Namun yang lebih penting ialah kenyataan Perdana Menteri sangat bertentangan dengan apa yang diuar-uarkan oleh pengguna media sosial.

Sebaliknya kenyataan Perdana Menteri ini sepatutnya mendapat respon baik rakyat kerana beliau menggesa TNB meningkatkan kualiti perkhidmatan.

Namun kerana kita semua mudah diumpan dengan “bangkai” makan jadilah kita seperti burung hering yang akan bertumpu kepada bangkai bukannya makanan yang baik.

Sikap pengguna media sosial yang lebih gemar keburukan dari kebaikan ini tidak ubah seperti burung hering yang sentiasa terbang mencari bangkai untuk makanannya. Kerana sifat dan naluri pengguna media sosial sudah seperti burung hering, maka senang sahaja strategi media “red herring” ini digunakan oleh aktivis media pakatan untuk menghasut rakyat.

Malangnya ada di kalangan penyokong Barisan Nasional pun mudah terpengaruh dengan dakyah seperti ini.

Petikan Mykmu.net

No comments: