Saturday, May 24, 2014

TENGKU ABDULLAH CALON TERBAIK PRESIDEN FAM


Esok akan berlangsung Kongres Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Kongres kali ini mungkin paling menarik kepada peminat bola sepak di bawah umur 45 tahun. Inilah kali pertama kita akan menyaksikan pertandingan di peringkat Presiden.

Dalam pemilihan FAM bagi penggal 2014-2018 sempena kong­res ke-50, penyandang, Sultan Ahmad Shah bakal dicabar oleh Tengku Abdullah dan Tunku Ismail bagi jawatan Presiden.

Berdasarkan jumlah pencalonan, Tengku Abdullah dilihat berada di depan setelah menerima 12 pencalonan sementara Sultan Ahmad Shah sekadar lima pencalonan sementara Tunku Ismail, tiga pencalonan.

Sultan Ahmad Shah

Sultan Ahmad Shah merupakan individu yang bertanggungjawab menyusun dan meningkatkan kualiti dan profesional pentadbiran bola sepak negara secara menyeluruh. Daripada pengenalan Liga semi-Pro, dan kiga profesional sepenuhnya sehinggalah kepada peningkatan kualiti pengadil, padang dan juga pembangunan bola sepak negara.

Memang sepanjang lebih 30 tahun pentadbiran Baginda ada naik turun kejayaan negara. Pasukan negara berada dalam keadaan yang boleh dibanggakan dari tahun 1985 – 1989. Persaingan sengit dalam kelayakan Piala Dunia 1985 dengan Korea Selatan dan memenangi pingat emas sukan SEA 1989 merupakan antara kejayaan ketika itu.

Untuk rekod, dalam tempoh 15 tahun terakhir ini, baginda telah membangunkan begitu banyak akademi bola sepak dan bersama Majlis Sukan Negara merancang pembangunan akar umbi.

Pasukan negara di bawah umur 12, 16 dan 18 sudah berjaya berada dalam kelompok negara Asia.

Malah hasil pembangunan akar umbi ini, kekuatan skuad negara di kalangan negara ASEAN boleh dikatakan jauh lebih baik berbanding 10 tahun lalu.

Namun kosistensi di peringkat Asean menyebabkan kegagalan di peringkat Asia menjadi isu besar. Baginda menjadi mangsa atas kejayaan sendiri.

Faktor terlalu lama memegang jawatan jawatan menyebabkan baginda tidak mungkin boleh mempertahankan apa-apa kritikan lagi.

Terbaik baginda berundur secara terhormat.

Baginda akan diingati sebagai tokoh yang meletakkan asas pembangunan bola sepak negara alaf baru. Baginda juga akan dikenang sebagai tokoh yang bersungguh-sungguh membanteras rasuah bola dengan menggantung lebih 100 orang pemain dan pegawai termasuk bintang-bintang negara bertaraf Asia ketika itu.

Selain Sultan Ahmad Shah antara yang paling menonjol ialah jentera kempen Tengku Mahkota Johor (TMJ) yang berkempen bersungguh-sungguh dengan pelbagai janji peruntukan dan pembaharuan. Soalnya, apakah janji peruntukan, pembaharuan pengadil dan pembaharuan stadium boleh membangunkan bola sepak negara?

Membangunkan bola sepak akar umbi tidak semudah bercakap dalam media. Sehingga kini TMJ beluk membuktikan keupayaan baginda merancang dan melaksanakannya.

TMJ dan Annuar Musa

TMJ mempunyai tukang kempen yang vokal, Tan Sri Annuar Musa, bekas Timbalan Presiden FAM yang digantung kerana gagal mematuhi peraturan FAM yang juga merupakan sebahagian peraturan FIFA.

Persamaan TMJ dan Annuar ialah mereka menjadi hero Johor dan Kelantan kerana pelaburan besar yang di bawa masuk kepada pasukan negeri masing-masing.

Kedua-dua mereka tiada rekod membangunkan bola sepak akar umbi. Mereka “membeli” kejayaan dan sokongan. Ia tidak langsung salah atau pun janggal dalam arus bola sepak profesional. Namun ia tidak relevan dalam pembangunan bola sepak negara.

Mereka tidak seperti Allahyarham Datuk Ahmad Basri Akil dan Raja Ahmad Zainuddin yang membangunkan bola sepak akar umbi di negeri Kedah dan Perak dengan perancangan dan program jangkamasa panjang.

Persamaan kedua-dua mereka juga ialah mereka tidak boleh mematuhi disiplin organisasi dan bola sepak. Malahan insiden Terowong Larkin yang menjadi bualan bola sepak tempatan dan luar negara beberapa bulan lalu boleh menjejaskan imej kepimpinan bola sepak negara di peringkat antarabangsa.

Kontroversi yang terlalu banyak mengelilingi pasukan Johor ketika ini boleh menjejaskan imej FAM jika TMJ dipilih menjadi Presiden FAM. Banyak kontroversi membabitkan pegawai dan jurulatih pasukan tersebut dengan pengadil dan pasukan lain menimbulkan tanda tanya apakah ini juga akan terjadi kepada FAM?

TMJ yang terkenal vokal tetapi tidak kena tempatnya dan tidak memahami peraturan bola sepak antarabangsa seperti menggesa FAM membenarkan penggunaan suar dalam stadium bukanlah material Presiden FAM hari ini. Pada masa hadapan ia satu kemungkinan.

Tengku Abdullah Tengku Ahmad

Satu lagi nama yang dicalonkan ialah Tengku Abdullah Tengku Ahmad Shah. Dua kali menjadi Timbalan Presiden FAM. Beliau juga menduduki pelbagai jawatan kuasa bola sepak di dalam negara dan antarabangsa sejak usia muda.

Terkenal sebagai pemimpin bola sepak yang merendah diri dan bersama pemain, Tengku Abdullah jarang sekali membuat kenyataan kontroversi, mengkritik secara terbuka mana-mana pegawai atau pengadil meraih publisiti murahan.

Baginda antara secara terbuka kecewa dengan penggantungan Annuar Musa tetapi akur dengan peraturan FAM dan FIFA yang melarang pegawai mengkritik persatuan secara terbuka.

Baginda pernah mengundur diri dari jawatan Timbalan Presiden FAM kerana kecewa dengan prestasi skuad kebangsaan. Membawa diri ke dunia hoki tidak ramai memberi harapan Baginda mampu memulihkan maruah skuad hoki negara yang suram hampir lebih sedekad.

Namun dalama masa lima tahun (mengambil alih kepimpinan pada 2008) beliau berjaya merancang dan mengembalikan skuad maruah skuad hoki negara. Buat kali pertama dalam sejarah, Malaysia berjaya meraih pingat perak hoki Sukan Asia pada 2010. Seteruusnya, Malaysia melayakkan diri ke Kejohanan Hoki Malaysia ke Piala Dunia 2014 setelah kempunan beberapa edisi sebelumnya.

Pengalaman dan ketokohan Abdullah di peringkat antarabangsa terutamanya Asia menjadikan beliau bukan sahaja material Presiden FAM, malah Presiden Persatuan Bola Sepak Asia dan Naib Presiden FIFA

Terus terang saya tidak faham mengapa baginda mahu memegang jawatan Presiden FAM. Jika saya, lebih baik tumpukan kepada hoki negara yang mempunyai banyak peluang dan ruang untuk berjaya selain kuran tekanan dan penghinaan dari peminat yang “over expectation”.

Namun keghairahan baginda kepada bola sepak mungkin menyebabkan beliau mahu mendapatkan peluang membawa perubahan yang tuntas.

Baginda juga mungkin tiada pilihan setelah mendapat pencalonan terbanyak menjadikan pertandingan ini bukan lagi satu pilihan tetapi satu tanggung jawab terhadap ahli gabungan dan bola sepak negara sendiri. Setelah hampir 23 tahun menimba pengalaman dalam pelbagai jawatankuasa bola sepak, ahli gabungan mahukan beliau mengetuai FAM.

Perwakilan FAM yang akan mengundi esok perlu mengambil kira bahawa tokoh yang bakal memimpin FAM harus dihormati dan disegani di dalam negara dan di peringkat antarabangsa. Ini kerana FAM mempunyai tradisi kepimpinan yang bertaraf antarabangsa di dalam bola sepak.

Saya tidak mempunyai perasaan benci atau anti TMJ. Namun saya tidak pernah percaya pembangunan bola sepak negara semudah bercakap ABC.

TMJ perlu membuktikan keupayaan baginda membangunkan bola sepak negeri Johor seperti mana allahyarham Datuk Ahmad Basri Akil melakukan untuk Kedah pada era 80-an.

Justeru pilihan terbaik untuk penggal akan datang ialah menberi peluang kepada Tengku Abdullah melaksanakan visi baru bola sepak negara.

Beliau mempunyai segala pengalaman dan kemampuan untuk memimpin persatuan sebesar FAM. Dan ini telah dibuktikan bersama Persatuan Hoki Malaysia.

Peminat yang emosional mungkin memilih tokoh yang vokal dan kontroversi bagi meneruskan mimpi besar mereka. Namun mereka yang benar-benar cintakan bola sepak negara dan bersikap realistik dengan dunia bola sepak akan memilih Tengku Abdullah sebagai calon terbaik untuk Presiden FAM.
Petikan Mykmu.net

4 comments:

Anonymous said...

Pembangunan akar umbi kepala bapak ko....

30 taun pasukan msia masih terkial2 nak mng dgn spork pon payah....

Kalo lahir 30thn dulu skrg dah bersara main bola dahh........

Apa punya bangang fam.... dikawal oleh pelahap wang ....

Bru 2 thn tmj pegang johor.... tgk macamana pesat pembangunan bolasepak johor...

Satu msia terkene tempias... satu malaya teruja...

Ko ckp apa bebb.....

Kalau syg kan bola sepak msia.....

This is the time for change bro....

5 thn kalau x dak apa2 perubahan.... tmj boleh letak jawatan... dia bukan terhegeh2 nakkan jawatan sgnt...

Yg penting idea dan smgat tmj yg nak bawa nafas baru pd fam....

Dia anak raja yg sanggup kotorkan tgn turun bawah dan bergaul dgn rakyat...

Sentuhan tmj kalau x tukar jadi mas akan jadi berlian... percaya lah..

Anak zarith sofia ni dididik dgn penuh nilai keagamaan... di hafal surrah yassin dan kebanyakan ayat dlm al quran...

Istana pelangi di bawah kawalan zarith sofia begitu pentingkan knowledge base dan agama...

Sbb tu anak2 dia hebat2...

Anonymous said...

Aku bukan minat sgt kt anak beranak Pahang sana tp antara 2 org calon tu, x payahlah pilih dr jb tu

Dia sapa ? Kalau stkt main duit cedok player sana sini, kumpul jadikan 1 team. Aku pun buleh kot. Cuma aku x dak duit.

Hebat sgt kah pencapaian JDT ? haram x bagus mana pun.

Kalau org lama dlm FAM bertanding, kot2 lah x payah pilih dah org Pahang.

Anonymous said...

Admin, senang cite presiden fam ni jgn di turun kn pada anak @ pun kerabat di raja, bagi orang yg lebih memahami bola sepak. Jgn mengampu x tentu arah. Kalau orang biase boleh kita balun sampai letak jawatan jika gagal dalam misi

Anonymous said...

FAM persatuan anak beranak sama dengan PKR