Thursday, May 15, 2014

Tidak Faham Urustadbir Parti- Siapa Wajar Letak Jawatan Ku Nan Atau Timbalan Ketua Bahagian UMNO PJU?



Sejak berlakunya krisis kepimpinan politik UMNO Terengganu dua hari lalu, ramai ahli UMNO biasa kecewa dengan apa yang berlaku. Sebahagian besar merasa simpati kepada bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said tetapi tetap berpendapat Ahmad Said tidak sepatutnya menghuru-harakan politik UMNO Terengganu.

Datuk Seri Ahmad Said berhak melakukan protes namun tidak sepatutnya sehingga keluar parti atau mengugat kedudukan UMNO dan Barisan Nasional Terengganu seperti yang berlaku semalam.

Alasan Mat Said untuk mendapat penangguhan sehingga habis majlis perkahwinan anaknya mendapat simpati banyak pihak pada awalnya. Namun apabila terdedah beliau tidak pernah memohon penangguhan tersebut, ramai yang tertanya-tanya apa motif Ahmad Said? [Lihat Laporan: Eksklusif: Ahmad Said Tidak Pernah Meminta Penangguhan, Harap PM Faham Sendiri]

Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Dato Sri Mohd Najib Tun Razak telah mengetahui Ahmad Said akan melakukan “penderhakaan”, justeru beliau menghantar Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor dan beberapa pemimpin UMNO bagi memastikan peralihan kuasa berjaya dilaksanakan hari itu juga,

Akhirnya, pada malam tersebut juga Menteri Besar yang baru Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengangkat sumpah di hadapan Tuanku Sultan Terengganu.

Misi selesai Tengku Adnan Tengku Mansor dan Datuk Rauf Yussof selesai.

Namun krisis akibat pengumuman Ahmad Said dan dua orang ladi ADUN mengumum keluar UMNO memberi ruang kepada beberapa orang pemimpin UMNO dan bloggers yang berkepentingan untuk menyerang Setiausaha Agung UMMO dan Setiausaha Kerja UMNO.

Beberapa bloggers menyerang Tengku Adnan dan Rauf seolah-olah mereka yang merencanakan pertukaran tersebut dan menentukan tarikh pertukaran jawatan tersebut. Hakikatnya kedua-dua penjawat UMNO ini hanyalah pelaksana arahan yang sebenarnya telah menyelesaikan satu misi penting Presiden UMNO iaitu menukar kepimpunan UMNO dan Negeri Terengganu.

Kita faham beberapa penulis veteran di laman maya yang mempunyai akses terhadap maklumat mengkritik kepimpinan parti dan seorang Setiausaha Poltik. Namun beberapa bloggers lain yang membelasah Tengku Adnan dan Rauf hanyalah bertujuan memuaskan nafsu serakah mereka kerana tidak mendapat sesuatu dari UMNO untuk peribadi atau pemimpin kesayangan mereka.

Ketika serangan sebahagian juru blog atau bloggers ini difahami kerana mereka dikaitkan dengan pemimpin tertentu yang kecewa kerana tidak mendapat jawatan tertentu, kritikan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara (PJU) sangat mengejutkan.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan


Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (gambar) perlu bertanggungjawab terhadap kemelut politik UMNO di Terengganu yang menyaksikan bekas Menteri Besarnya, Datuk Seri Ahmad Said serta dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengisytiharkan keluar daripada parti dan bertindak sebagai wakil rakyat Bebas.

Pandangan peribadi itu dilontarkan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara, Mohamad Azli Mohemed Saad yang mahu Tengku Adnan meletak jawatan kerana gagal menguruskan isu peralihan teraju kepemimpinan negeri itu secara baik sehingga mencetuskan kemelut berkenaan.

“Saya secara peribadi minta beliau (Tengku Adnan) letak jawatan, kerana bagi saya, beliau selaku delegasi (wakil Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak) telah gagal menguruskan isu terbabit. Kita tahu Datuk Seri (Ahmad) meminta ditangguhkan dahulu (peralihan kepemimpinan) kerana anaknya nak berkahwin. Apakah ini (alasan) tidak boleh diterima?

Jika inilah tahap pengetahuan seorang Timbalan Ketua UMNO Bahagian di kawasan bandar terhadap pengurusan politik parti maka kita fahamlah mengapa UMNO di bandar-bandar banyak yang kalah.

Timbalan Ketua UMNO Petaling Jaya Utara ini langsung tidak membaca dan menyelidik apa yang yang berlaku. Jika beliau mencari maklumat terlebih dahulu tentu beliau tahu Ahmad Said berjumpa Perdana Menteri secara bersemuka di Putrajaya pada jam 9 pagi 12 Mei 2014.

Tengku Adnan hanya dihantar ke Terengganu untuk menguruskan pertukaran Menteri Besar dan pertemuan dengan ADUN yang lain bukan menguruskan isu Ahmad Said.

Justeru kenyataan Mohamad Azli hari bahawa Tengku Adnan bertanggungjawab kerana tidak membenarkan penangguhan majlis penyerahan jawatan tersebut hanya menunjukkan kebodohan beliau mengenai urusan UMNO dan kerajaan. Tengku Adnan tidak mungkin ada kuasa untuk melakukan sebarang penangguhan kerana ia merupakan keputusan Presiden parti dan juga membabitkan Tuanku Sultan Mizan.

Sepatutnya sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian, beliau perlu menjelaskan kekeliruan. Namun apa yang terjadi sebaliknya ialah beliau menambah kekeliruan.

Hakikatnya, misi ini disebalik sikap “samseng” Ahmad Said telah berjaya diselesaikan dengan jayanya. Hari ini Meteri Besar baru telah berjaya masuk pejabat tanpa sebarang perbalahan. Kedudukan BN juga tidak tergugat kerana hanya tinggal Ahmad Said dan Ghazali yang masih bebas, manakala yang lain telah melakukan taat setia kepada UMNO dan Sultan.

Malangnya, seorang Timbalan Ketua UMNO Bahagian bukan sahaja tidak membantu parti menjelaskan isu tetapi menambahkan kekeliruan orang ramai dan ahli parti terhadap isu ini. Jika tidak tahu lebih baik diam dari bersuara dan nampak kurang cerdik.

Justeru, siapa yang sepatutnya meletak jawatan, Tengku Adnan atau Mohamad Azli?

Petikan Mykmu.net

1 comment:

Anonymous said...

spin spin spin spoin.........