Wednesday, May 21, 2014

TINTED GELAP- SIAPA YANG TAK JUJUR?



Ketika sebahagian pengguna jalan raya mula merasa resah dan marah dengan pengumuman Operasi Cermin Gelap mulai 15 Jun 2014 ini, mereka perlu menerima hakikat bahawa penggunaan cermin gelap atau “tinted glass” yang ekstrem merupakan satu kesalahan di bawah undang-undang jalan raya negara ini dan di hampir kebanyakan negara di dunia ini.

Minggu lalu Pihak polis memberi amaran kepada pemilik kenderaan yang menggunakan cermin gelap dan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi supaya menukar atau menanggalkannya sebelum operasi besar-besaran dijalankan mulai 16 Jun ini.


Ketua Trafik Pasukan Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, SAC Mohd Fuad Abd Latiff berkata pemilik diberi tempoh sehingga 15 Jun untuk berbuat demikian, sebelum kompaun RM300 dikenakan kepada mereka yang melakukan kesalahan tersebut.

“Penggunaan cermin gelap dan nombor pendaftaraan tidak mengikut spesifikasi akan menyukarkan untuk mengecam suspek,” katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

Baca Kupasan Penuh Disini

4 comments:

Anonymous said...

tuanpunya aje yg kena saman....apek2/tokeh2 pemilik kedai yg menyediakan perkhidmatan ape cer....hapuskan kedai2 tersebut lepas tu baru jalankan operasi....masalah tak akan dapat diselesaikan jika punca masalah itu sendiri tidak dibenteras dahulu....wahai penguatkuasa undang2 sila duduklah dan berbincanglah sesama anda langkah yg mana harus diambil dahulu dlm menyelesaikan sesuatu permasalahan....kesian kpd rakyat marhain yg sentiasa menjadi mangsa sedangkan yg kaya raya dan pembawa masalah adalah tokeh2 kedai aksesori dan org yg di atas....janganlah mengulangi kesilapan dahulu.....buat kajian yg mendalam...itu tugas yg sebenarnya...tanggung jawab yg akan dipersoalkan di hadapan Maha Pencipta kelak.....jgn jadi macam AES!!!!!!!

Anonymous said...

jangan cakap aja.. setiap kali tukar plate baru sapa yg untung . stiap kali opereasi cermin gelap siapa yang rugi..perniagaan ini akan terus bermusim... no problem.... lepas ni buat yang baru plak....

Anonymous said...

jangan cakap aja.. setiap kali tukar plate baru sapa yg untung . stiap kali opereasi cermin gelap siapa yang rugi..perniagaan ini akan terus bermusim... no problem.... lepas ni buat yang baru plak....

Aku Melayu Rasis said...

Cubalah saman pemilik kereta Merc, Ferrari atau sekelas dengannya. Melambak kenderaan begitu yang bercermin gelap malahan nombor plat tak sampai 3 inci satu huruf. Saya pernah Nampak, polis buat tak Nampak bila kereta ni lalu berhampiran. Yang ikan bilis jugak disaman sana sini.
OK baik, kalau disaman pun, mengapa kenderaan begitu masih melambak terus melakukan kesalahan?? Cantaslah mereka dulu, baru cantas ikan bilis ni. Ikan bilis ni berani bila marah tengok polis bertindak double standard.
Kita akur sekiranya yang mewah akur. Mereka bergerak di atas jalan sama macam kita. Bukan terbang di atas kepala kita biarpun cukai yang mereka bayar mampu membeli sepuluh kereta yang sama kita pakai.