Sunday, May 11, 2014

UMNO PUNCA PEMILIHAN PKR KECOH



Menjadikan UMNO sebagai kambing hitam dan mempersalahkan UMNO dalam setiap perkara, sudah menjadi zikir dan tahlil kepada Pakatan Rakyat serta para penyokong mereka. Sebut sahajalah peristiwa-peristiwa besar di negara ini, semuanya disebabkan oleh UMNO. Sehinggakan kehilangan misteri pesawat MAS MH370, turut dikaitkan dengan UMNO. Malahan pada Mac 2013, Tian Chua yang merupakan Naib Presiden PKR merangkap Ahli Parlimen Batu, turut menuduh UMNO menjadi dalang dan mementaskan tragedi serangan lanun Sulu ke atas Sabah.

Setakat ini, tiada sebarang tindakan dikenakan terhadap mereka yang mengeluarkan tuduhan-tuduhan liar sebegitu. Kalau ada pun, ianya akan diselesaikan di luar mahkamah sepertimana yang berlaku kepada Tian Chua.

PKR merupakan antara yang paling lantang menuduh PKR dan UMNO bersubahat mencipta keputusan PRU-13 yang tidak memihak kepada Pakatan Rakyat. Dalam setiap ceramah mereka, para pemimpin PKR seringkali menyatakan, Suruhanjaya Pilihanraya di Malaysia tidak telus dan bekerjasama rapat dengan UMNO dan Barisan Nasional sehinggakan Pakatan Rakyat yang berjaya memperolehi 52% undi popular masih juga tidak dapat menjadi Kerajaan Persekutuan menggantikan Barisan Nasional.

Pembohongan dan penyelewengan fakta dilakukan secara terang-terangan oleh PKR. Walaupun negara ini mengamalkan sistem kuota kerusi Parlimen, namun PKR dalam usaha untuk mendabik dada, tetap juga berjaya menanam perasaan bangga di hati para penyokong mereka menerusi pengenalan kepada undi popular.

Bagaimanapun, PKR secara realitinya gagal menangani masalah yang mereka sendiri bangkitkan. Proses pemilihan parti itu sendiri berada dalam keadaan caca marba dan berkecamuk dengan pelbagai tuduhan dilemparkan, termasuklah pengundi hantu dan penyelewengan undi. Sekurang-kurangnya terdapat 15 Cabang dan Ranting yang dipaksa melakukan pengundian semula ekoran masalah tersebut di seluruh Malaysia.

Manakala pemilihan dan pengundian di semua Cabang di Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pula dijangka akan berlangsung dengan hangat. Kempen-kempen memburukkan Nurul Izzah, anak perempuan Anwar Ibrahim dan calon yang cuba mengekalkan jawatan Naib Presiden PKR sudah pun bermula.




Anehnya, segala keributan yang berlaku dalam proses pemilihan dan pengundi PKR, cuba dipindahkan kepada UMNO. Beberapa orang pemimpin PKR secara terus-terang menuduh UMNO sebenarnya yang menjadi dalang kepada semua kekecohan yang berlaku dalam pemilihan PKR di seluruh negara. UMNO juga dituduh memprovokasi ahli-ahli PKR untuk bergaduh sesama sendiri dan UMNO jugalah yang dituduh memperdayakan ahli-ahli PKR untuk tidak mempercayai JKPP semata-mata untuk menutup aib di dalam parti itu sendiri.

Sungguh menakjubkan apabila sebuah parti yang sentiasa mencanangkan mereka adalah SEMPURNA, tiba-tiba sahaja menyalahkan UMNO dengan apa yang sedang berlaku di dalam parti tersebut. Lebih jelas lagi ialah apabila pemilihan di Permatang Pauh dikatakan, hasil daripada campurtangan UMNO sehinggakan menyaksikan daripada 6,900 orang ahli, hanya kurang dari 400 orang sahaja yang membuang undi untuk Anwar Ibrahim dan Wan Azizah, walhal Permatang Pauh adalah kubu kuat PKR serta Anwar Ibrahim dan isterinya, Wan Azizah sendiri.

Berdasarkan kepada perkembangan ini, wajarkah kalau kita membuat kesimpulan, kesemua ahli PKR mahupun mereka yang menyokong PKR, terdiri daripada golongan bodoh, muflis akal serta ketandusan fikiran sehinggakan mereka tidak nampak kesalahan dan kelemahan sendiri sebaliknya terpaksa menyalahkan UMNO dalam usaha untuk melepaskan diri?

Wajar atau tidak kalah kita katakan, sebenarnya PKR adalah sebuah parti yang tidak pernah cakap serupa bikin sebagaimana slogan mereka yang kononnya mahu memperjuangkan anti rasuah dan penyelewengan tetapi pada masa yang sama, mengangkat Anwar Ibrahim yang cukup terkenal dengan amalan-amalan yang diperkatakan?

Petikan Mykmu.net

4 comments:

Aku Melayu Rasis said...

babi sondol bas pun umno yang salah..semua salah umno. Berbini malam-malam pun salah umno!
itulah PKR. Bodoh seluruh hidup!

Anonymous said...

Pemimpin dan ahli-ahli PKR bodoh-bodoh belaka sebab itulah UMNO mudah memperbodoh mereka. Lihat saja kebodohan Anwar Alduburi. Kerana kobodohan si peliwat tua bangka itulah yang menyebabkan UMNO membuat kotenya bernafsu kepada dubur jantan yang dipenuhi dengan tahi...he he he UMNO lebih hebat dari CIA, KGB, MOSSAD

Anonymous said...

Pemimpin dan ahli-ahli PKR bodoh-bodoh belaka sebab itulah UMNO mudah memperbodoh mereka. Lihat saja kebodohan Anwar Alduburi. Kerana kobodohan si peliwat tua bangka itulah yang menyebabkan UMNO membuat kotenya bernafsu kepada dubur jantan yang dipenuhi dengan tahi...he he he UMNO lebih hebat dari CIA, KGB, MOSSAD

Anonymous said...

bru ni ke tau PKR mcm tu?aku sebelom anwar tubuhkan PKR lafgi aku dah tau PKR mcm ni, sebab selagi anwar ada dlm parti parti apa pun dia mmg akan menipu.Sebab dia mmg penipu dulu kini dan semalamnya