Friday, June 13, 2014

UMNO/BN SELANGOR TIADA ARAH TUJU?


Pengumuman UMNO Selangor mengusulkan perbahasan Hudud di Dewan Negeri Selangor pada sesi akan datang menampakkan sikap tidak bijak politik dan tidak memahami kemashlahatan maqasid syariah yang diguna pakai sejak pentadbiran Tun Dr. Mahathir dulu.

Pertamanya, agenda melaksanakan Hudud di negara ini ialah agenda Parti Islam se-Malaysia (PAS) bukan agenda UMNO. Justeru pihak yang selayak dan sewajarnya membentangkan usul hudud di DUN Selangor ialah Pas. Mengapa UMNO terlebih sudu dari kuah?

Keduanya, Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak telah mengumumkan pembentukan Jawatan Kuasa Khas Hudud antara Kerajaan Kelantan dan Kerajaan Pusat bagi membincangkan isu ini secara mendalam dan melihat semua aspek “maqasid syariah” dan “kemaslahatan ummat”. Mengapa UMNO Selangor mendahului jawatankuasa ini?

Mengapa yang baru jadi Ahli Dewan Undangan Negeri sepenggal dua, solat pun kadang-kadang tertinggal galak sangat mahu membicara hudud ini?

Adakah usul ini telah dimaklumkan kepada Presiden UMNO atau dibuat sesuka hati UMNO Selangor sahaja?

Ketiga, apakah usul ini dibawa perbincangan dengan parti komponen BN yang lain di Selangor, memandangkan ADUN-ADUN ini menang atas tiket Barisan Nasional. Saya sangat pasti ia tidak dibawa, lalu apakah konsep kemuafakatan Barisan Nasional sudah dibakulsampahkan?

Keempat, bagaimana UMNO akan menjawab pertanyaan partyi lawan mengapa usul ini dibawa ke DUN Selangor bukannya DUN Johor, Kedah, Perak, Pahang, Terengganu, Sabah dan Negeri Sembilan yang mana UMNO mempunyai majoriti untuk melaksanakan?

Kelima, apakah UMNO Selangor lupa bahawa Hudud bukan keutamaan dalam perjuangan politik UMNO, sebaliknya pembangunan keseluruhan umat Islam merupakan agenda UMNO. Justeru itu dalam konteks hari ini UMNO tahu Hudud sukar dilaksanakan di negara ini, maka parti ini menumpukan kepada perkara-perkara yang lebih besar untuk kepentingan Islam.

Kesimpulannya, Hudud adalah agenda perjuangan politik Pas, maka tanggungjawab mereka untuk melaksanakan janji mereka dan amanah penyokong mereka.

Malangnya, dalam keadaan sekarang Pas menjadi lebih liberal daripada UMNO suatu ketika dahulu, manakala UMNO pula menjadi lebih rigid dari Pas.

Apakah formula ini mahu digunakan oleh UMNO untuk menawan kembali Selangor yang pengundi bukan Islam hampir 50%?

Susah bila berhadapan dengan pandiran-pandiran politik ini.

Petikan Mykmu.net

4 comments:

Ben Yaacob said...

Mohon laluan Tuan.. Laporan Polis PEMBELA Desak Ghani Patail Disiasat dan Digantung Tugas...

http://www.bangkit.info/2014/06/laporan-polis-pembela-desak-peguam.html

Mat Bon said...

... ini lah bukti kebijaksanaan dan kejantanan UMNO. Malu ...

Anonymous said...

Takut kat MCA???? Macam PAS takut kat DAP, dua-dua serupa aje cakap aje lebih......

usin said...

Samdol, patutnya biar pas yg usulkan utk dibahas. Umno sebagai pembangkang boleh sokong. Pelik sungguh cara umno walaupun jd pembangkang. Perasan selangor umno yg perintah, hee geli sungguh.