Thursday, August 6, 2015

WAKIL NEGARA TEPATI RAMALAN KE SEPARUH AKHIR



BANGI – Dua wakil negara antara 25 peserta mara ke peringkat separuh akhir Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) yang bakal berlangsung di Hotel RHR di sini, lusa.

Penuntut Universiti Malaya (UM), Janise Then Siaw Lian, 23 dan mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Mohd Akmal Aizat Umar, 23, akan bersaing dengan tiga lagi peserta dalam kategori Alam Melayu.

Penyelaras Teknikal & Penjurian PABM, Mazlena Mohamad Hussain, berkata 10 peserta akan bertanding dalam kategori Pelajar Antarabangsa di Malaysia (PAM) sementara 10 lagi bagi kategori Antarabangsa.

“Peserta kategori Alam Melayu & PAM yang melepasi peringkat saringan mara terus ke separuh akhir sementara 20 peserta kategori Antarabangsa yang terpilih hari ini akan bertanding pada peringkat suku akhir esok bagi menentukan 10 yang layak ke peringkat seterusnya Khamis ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan senarai nama peserta PABM yang layak ke peringkat suku akhir dan separuh akhir selepas pertandingan peringkat saringan di sini membabitkan 71 peserta. – BH Online

No comments: