Thursday, November 12, 2015

KEMALANGAN PESAWAT AIR ASIA DI KLIA 2 CUBA DISEMBUNYIKAN?


Pesawat AirAsia dilaporkan menghadapi insiden kemalangan kecil minggu lalu membabitkan gelongsoran kecemasan pesawat, dipercayai AK329, ketika dalam proses penyediaan pesawat untuk berlepas.

Menurut gambar dan laporan yang kami terima daripada pekerja AirAsia di KLIA2, insiden tersebut membabitkan peralatan gelongsoran penyuraian kecemasan di bahagian belakang pesawat milik AirAsia yang aktif secara tiba-tiba.

Gelongsoran Kecemasan tersebut dikatakan aktif secara mengejut dan menghempap sebuah lori penyedia makanan yang berhampiran mengakibatkan cermin hadapan lori tersebut pecah.

Bagaimanapun insiden ini telah diselesaikan secara senyap oleh pekerja AirAsia yang menolak gelongsoran tersebut masuk semula ke dalam kapal terbang dan secara senyap memindahkan kapal terbang terbabit ke tempat parkir yang lain.

1 comment:

Anonymous said...

inilah kalo keharaman telah menguasai diri.. nyawa penumpang sudah tiada nilai.. owner kaya.. tapi pengguna nyawa dihujung tanduk.. hal begini perlu diceritakan, berniagalah dengan jujur dan amanah. Rezeki itu bukan datang dari syarikat tapi dari Yang Maha Berkuasa.