Sunday, November 29, 2015

RUGI HAMPIR SETENGAH BILION - KENAPA PEMBANGKANG DIAM?


Hari ini, syarikat penerbangan tambang murah negara, AirAsia yang turut mempunyai rangkaian operasi di Filipina dan Indonesia dilaporkan oleh BBC News mengalami kerugian bersih RM405.73 juta (USD95.8 juta) bagi suku ketiga tahun ini. Apa yang menariknya, kerugian terbesar AirAsia ini disenyapkan oleh puak-puak pembangkang.

Seakannya, Rafizi si sotong goreng tepung dan Tian Chua pengecut telah tertelan halkum dengan berita kerugian besar AirAsia ini.

Namun aku amat yakin jika catatan kerugian ini diperoleh oleh syarikat gergasi penerbangan negara, Malaysia Airlines (MAS), sudah pasti riuh satu Malaya cerita kerugian dan kegagalan MAS itu dicanang bagi menggambarkan kegagalan dan keburukan negara. Begitulah sikap ‘double standard’ pembangkang.

Selama ini, pembangkang dalam negara kita ini cukup sensitif jika ada mana-mana syarikat terutamanya syarikat berkaitan kerajaan yang alami kerugian waima kerugian tersebut hanya bernilai RM1.

Tetapi, apabila hari ini AirAsia umum kerugian bersihnya yang beratus juta RM itu, pembangkang kita jadi bisu pula, tertelan halkum barangkali. Kenapa tidak dicanang ke seantero dunia kerugian yang AirAsia alami?

No comments: